Lelaki warga asing yang ditahan kerana memandu lori tanpa lesen GDL dan CDL. Foto JPJ Selangor

KUALA LUMPUR – Padah membawah lori tanpa Lesen Memandu Barang (GDL) dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), seorang lelaki warga asing ditahan di Jalan Banting, Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menahan sebuah lori untuk pemeriksaan dalam Ops Kenderaan Perdagangan.

“Hasil semakan mendapati, lori itu juga didapati membawa barangan melebihi berat dengan muatan yang dinyatakan.

“Pemandu terbabit turut dikesan melakukan kesalahan tidak mengambil langkah keselamatan melindungi pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, susulan itu kenderaan terbabit telah disita di Stesen Penguatkuasa (SPK) Banting untuk tindakan selanjutnya.

“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast