Zainal Fitri (tengah) selepas melancarkan 'Ops Greater' Johor Bahru di Sungai Segget, di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 118 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan setakat ini oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi kesalahan membuang sampah Kecil di negeri ini.

Pengarah SWCorp Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 15 daripadanya akan dituduh di mahkamah sesyen, di sini bermula 28 Mac ini.

“Setakat ini, hanya lima individu sahaja yang telah dan sedang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

“Sehingga kini, sebanyak kes 118 kompaun dikeluarkan membabitkan 72 warga tempatan dan 46 warga asing. Seorang warga Singapura yang melakukan kesalahan itu akan dituduh pada 1 April ini.

“Selepas ini kita akan ada ‘batch’ kedua yang akan menjalani PKM ini. Kita harap ini akan menjadi pengajaran kepada semua untuk menghapuskan tabiat membuang sampah-sampah kecil merata-rata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘Ops Greater’ Johor Bahru di Sungai Segget, di sini hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast