GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Peruntukan sebanyak RM33 juta bagi kerja penyelenggaraan jalan di Kuala Lumpur dilihat tidak mencukupi berbanding jumlah kenderaan yang memasuki ibu negara setiap hari yang dianggarkan melebihi satu juta unit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, jumlah kenderaan yang tinggi memberi tekanan besar terhadap keadaan jalan raya di ibu kota itu.

Malah, dedah beliau, situasi itu memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih besar.

Menurutnya, keadaan tersebut berbeza dengan negeri-negeri lain yang menerima peruntukan khas untuk penyelenggaraan jalan melalui Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (MARRIS).

“Peruntukan itu tidak mencukupi kerana lebih sejuta kenderaan memasuki Kuala Lumpur setiap hari,” katanya selepas meninjau kerja penurapan jalan di kawasan Perumahan Awam Hang Tuah di Pudu, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Hannah berkata, isu kekangan peruntukan itu turut dibangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan akan meneliti keperluan bagi menambah peruntukan supaya kerja penyelenggaraan jalan di ibu negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast