KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi berpendapat perkembangan anak-anak memerlukan sokongan yang menyeluruh daripada pelbagai pihak kerana cabaran membesarkan mereka pada hari ini sangat berbeza berbanding dahulu.
Beliau berkata, sebagai seorang yang lama berada dalam dunia kanak-kanak dan pendidikan, selain sokongan ibu bapa dan guru, nutrisi juga memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak kekal fokus, lebih yakin dan bersedia menghadapi cabaran pembelajaran pada masa kini.
Kata Duta Eskayvie itu yang mesra dengan panggilan Pak Nil, ini kerana perkembangan anak-anak memerlukan keseimbangan antara teknologi, pendidikan dan sokongan nutrisi.
“Realitinya hari ini ramai kanak-kanak sudah memegang telefon pintar sebelum mereka pandai membaca.
“Teknologi memang membantu pembelajaran tetapi ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak membesar dengan keseimbangan yang betul supaya perkembangan minda mereka terus terjaga.
“Jika kita mahu melihat Malaysia terus maju, kita perlu menjaga generasi yang sedang membesar hari ini,” katanya pada majlis pelancaran produk Eskayvie Mindtropic & Mindtropic Junior yang kini tampil dengan formulasi dan wajah baharu semalam.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.

Sementara itu, Dr Kartika Wati memberitahu, Eskayvie turut memperkenalkan Owi iaitu ikon baharu yang akan menjadi penghubung kepada dunia kanak-kanak dalam menyampaikan mesej kempen tersebut.
Kata beliau, Owi diperkenalkan sebagai simbol kepada potensi setiap anak yang sedang membesar dan menunggu untuk diserlahkan.
Menurutnya, watak itu melambangkan rasa ingin tahu, semangat untuk belajar serta keperluan kepada sokongan yang betul sejak usia awal.
Melalui Owi, tambahnya, Eskayvie ingin menyampaikan satu mesej yang ringkas tetapi bermakna kepada ibu bapa dan anak-anak bahawa potensi yang dijaga hari ini akan menentukan siapa mereka pada masa hadapan.
“Ikon ini akan hadir dalam pelbagai inisiatif termasuk kempen kesedaran, kandungan pendidikan serta program komuniti bagi membantu menyampaikan mesej Booster Minda dengan pendekatan yang lebih mesra, mudah difahami dan dekat dengan dunia kanak-kanak.
“Apabila bercakap tentang masa depan generasi dan potensi anak-anak, mesej tersebut tidak boleh disampaikan melalui fakta dan data semata-mata. Ia perlu sampai ke hati dengan cara yang lebih dekat dengan dunia mereka,” katanya. – MalaysiaGazette
















