Siti Rohani (dua kiri) menyerahkan sijil selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulananan Mac 2026 di Ibu Pejabat JBPM Johor, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru Sentral di sini dibina dengan kos RM14.5 juta.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir berkata, pembinaan BBP kategori C itu amat penting selari dengan pembangunan pesat di bandar raya ini.

“Dengan adanya BBP Johor Bahru Sentral ini, JBPM dapat meningkatkan liputan dan memendekkan masa respons bagi kejadian yang berlaku di kawasan bandar.

“Kita melihat pembinaan BBP Johor Bahru Sentral di Jalan Ismail Sultan amat mendesak ekoran pembangunan pesat yang rancak berlaku di kawasan pusat bandar.

“Ini bagi membolehkan kita beroperasi di tahap optima. BBP Johor Bahru Sentral yang dibina di tapak berkeluasan 4,126 meter persegi dijangka siap pada 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulananan Mac 2026 di Ibu Pejabat JBPM Johor, di sini hari ini.

Siti Rohani berkata, satu lagi BBP dirancang untuk dibina ialah di kawasan Simpang Renggam.

“Selain itu, dua BBP di Larkin dan Kluang kini sedang dinaik taraf dan dijangka dapat disiapkan seberapa segera,” ujarnya.

Menurutnya, JBPM Johor turut menerima lapan unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) baharu bagi menggantikan jentera bomba usang.

“Kita juga meneruma empat buah kenderaan utiliti bagi meningkatkan pencapaian tempoh respons serta sebuah jentera yang dilengkapi dengan meriam air,” ujarnya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast