KUALA LUMPUR – Lebih 18,000 rakyat di ibu negara melibatkan 10 kawasan Parlimen disantuni sepanjang Ramadan menerusi Kembara Ramadan Prihatin 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali berkata, namun fokus juga beralih kepada cabaran lebih besar susulan tekanan kos sara hidup selepas Aidilfitri jika konflik di Asia Barat berterusan.

Katanya, pihaknya kini telah merangka pelan bantuan jangka pendek antara tiga hingga enam bulan bagi membantu golongan miskin bandar, khususnya di Lembah Klang.

“Walaupun ada isi rumah berpendapatan sekitar RM4,000 hingga RM5,000, mereka masih berdepan kesukaran sekiranya mempunyai tanggungan yang ramai.Ini realiti yang kita lihat di lapangan.

“Sebab itu kita sedang bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor korporat dan agensi kerajaan untuk cari mekanisme bantuan berkala serta galakkan langkah penjimatan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali ditemui pada Majlis Infaq Zakat dan Sumbangan Aidilfitri Prestasi Setia Unggul sempena penutup Kembara Ramadan Prihatin 2026 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, malam tadi.

Beliau ditemui pada Majlis Infaq Zakat dan Sumbangan Aidilfitri Prestasi Setia Unggul sempena penutup Kembara Ramadan Prihatin 2026 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, malam tadi.

Dalam majlis sama, lebih 600 golongan asnaf turut menerima sumbangan menerusi Program Infaq dan Zakat Aidilfitri 2026 anjuran Prestasi Setia Unggul dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional sebagai Penyelaras program.

Jelasnya, ia sebagai usaha dalam terus membantu meringankan beban kewangan dan persiapan Aidilfitri, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan sektor korporat dalam tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

“Sepanjang 27 hari Ramadan tahun ini, pelbagai program hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional, Yayasan Sukarelawan Briged Khidmat Negara (MAIWP) dan Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan telah memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Daripada jumlah keseluruhan, kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada warga PPR di Lembah Klang  menerima sumbangan pakaian Aidilfitri, manakala 10,000 lagi melibatkan barisan hadapan termasuk petugas hospital dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hampir 4,000 penerima pula adalah pelajar universiti, menjadikan keseluruhan bantuan mencecah lebih 18,000 individu merangkumi golongan asnaf, mahasiswa dan frontliners,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut, Aizuddin berkata, usaha seterusnya bukan sekadar bantuan sekali beri, sebaliknya lebih tertumpu kepada sokongan berterusan dan kesedaran kewangan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berharap kerjasama pelbagai pihak termasuk universiti dapat diperkasa bagi membantu rakyat mengurus kewangan dengan lebih bijak, terutama dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi susulan konflik di Asia Barat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast