Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Felda Aping Timur, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Felda Aping Timur di sini hari ini.

Bagaimanapun, insiden yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana penghuninya tiada di rumah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.12 pagi.

Berikutan itu katanya, 12 anggota dar BBP Kota Tinggi dan BBP Penawar dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur kekal sebanyak 75 peratus, sebuah kereta jenis Honda FD terbakar 85 peratus dan dua buah motosikal Modenas serta Suzuki RG terbabkar sebanyak 90 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pukul 11.40 pagi dan operasi tamat pukul 12.46 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast