KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatannya yang melibatkan IJM Corp Bhd hanya melibatkan individu tertentu dan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat tersebut sebagai sebuah entiti.
Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia hari ini, IJM berkata, pengesahan itu dibuat SPRM menerusi sepucuk surat kepada syarikatnya.
Pada 6 Feb, media melaporkan bahawa seorang eksekutif kanan IJM telah ditahan bagi membantu agensi antirasuah itu dalam siasatan berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.
ARTIKEL BERKAITAN
Bahagian Operasi Khas SPRM memulakan siasatan pada 19 Jan, dengan memberi tumpuan kepada dakwaan ketidakaturan dan kemungkinan pelanggaran undang-undang berkaitan.
Pada penutup dagangan, harga saham IJM meningkat lima sen kepada RM2.42, dengan 7.0 juta saham diniagakan. -MalaysiaGazette
















