Mayat lelaki rentung dipercayai mangsa bunuh di Ladang Anak Kulim, Kulim, Kedah. Foto tular

KUALA LUMPUR – Polis Kedah membuka kertas siasatan berhubung penemuan satu mayat rentung yang dipercayai dibunuh di Ladang Anak Kulim, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Zulkifli Azizan berkata, mayat lelaki terbabit ditemukan seorang individu yang berada di lokasi kejadian untuk memikat burung sebelum membuat laporan polis.

Turut ditemukan sebuah motosikal yang turut hangus berhampiran mayat berkenaan.

“Balai Polis Padang Terap menerima panggilan telefon daripada seorang orang awam berhubung penemuan mayat dan motosikal terbabit kira-kira jam 2.25 petang, semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis berjaya menjejaki waris mangsa berpandukan kepada nombor pendaftaran motosikal terbabit.

Menurut Zulkifli, mangsa yang berusia 77 tahun dan tidak bekerja itu dikatakan sudah hilang sejak empat hari lalu.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis setakat ini telah menahan dua lelaki berusia 22 dan 68 tahun dan direman selama empat hari sehingga 1 April ini bagi membantu siasatan.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast