Gambar : Ihsan JPJ Pahang

KUANTAN – Seorang lelaki dikenakan saman, manakala lori dipandunya ditahan sementara kerana memandu semasa tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026.

Unit Korporat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang berkata, pihaknya menahan semi-treler tipper itu di kilometer 58 Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan malam tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa lori tersebut membawa muatan habuk soya untuk makanan ayam yang diambil dari Selangor dan dalam perjalanan ke Raub,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi.

Berikutan itu, katanya pemandu lori berusia 37 tahun tu diberikan notis saman P22, manakala lori terbabit ditahan sementara di Stesen Penguatkuasa JPJ Karak (SPK) untuk tindakan lanjut.

Sebagai rekod, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menguatkuasakan larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini bermula pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac 2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast