Tangkap layar dari video tular menunjukkan bermain mercun dari dalam kereta yang sedang bergerak.

SHAH ALAM – Polis menahan dua warga tempatan termasuk seorang wanita semalam, bersabit insiden bermain mercun secara berbahaya dari sunroof kereta yang sedang bergerak di sekitar Persiaran Ficus Seksyen U15, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata tangkapan membabit individu berumur 21 dan 28 tahun itu dibuat pada 2.40 petang di sekitar kawasan Sungai Buloh dan Seksyen 9, Shah Alam.

“Dalam tangkapan itu, sebuah kereta jenis Proton Satria, masing-masing satu telefon bimbit dan batang mercun yang dipercayai digunakan dalam kes ini turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Kesemua individu telah direman tiga hari sehingga Selasa ini (31 Mac) untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/03/28/polis-cari-individu-main-mercun-dari-sunroof-kereta/

Semalam, Ramsay dilaporkan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa individu disyaki terbabit dalam insiden bermain mercun secara berbahaya dari sunroof kereta yang sedang bergerak di sekitar Persiaran Ficus Seksyen U15, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 12.48 tengah hari semalam selepas video berkaitan insiden itu tular di media sosial, dan mengesahkan ia berlaku di kawasan Elmina Rainforest.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast