Sawda Abdullah

KUALA LUMPUR – Pelumba remaja trek sensasi negara Sawda Hasbullah merangkul pingat emas acara ujian masa 1 kilometer (km) remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina, hari ini.

Atlet berusia 18 tahun itu bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran yang dimenanginya di Velodrom Nasional Nilai, tahun lepas malah turut memecahkan rekod remaja Asia miliknya dengan catatan masa satu minit 09.604 saat (s).

Rekod lama remaja Asia yang dilakukannya ialah 1:10.818s.

Pelumba Korea Selatan Lee Hyun Ji meraih pingat perak dengan catatan masa 1:10.640s manakala wakil India S Thabitha memperoleh pingat gangsa dengan 1:12.613s.

Terdahulu, Sawda gagal mempertahankan pingat emasnya dalam acara pecut.

Sawda turut meraih pingat gangsa bersama Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak dan Davia Evriel Eriana Azif dalam acara pecut berpasukan remaja wanita. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast