Gamnar fail
Gamnar fail

KOTA TINGGI – Seorang penghantar barang maut selepas kereta dipandu terbabas dan kemalangan di Kilometer 2 Jalan Lok Heng-Mawai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kemalangan yang berlaku pukul 7.45 pagi itu menyebabkan Anna Hanieza Bahari maut.

“Mangsa iaitu wanita tempatan berusia 36 tahun memandu kereta Perodua Axia mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman badan.

“Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu sehingga lima tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast