KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 82 tahun, pagi ini.
Berita kematiannya disahkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong selain mesej yang dihantar kepada pemegang-pemegang amanah Universiti Tunku Abdul Rahman yang mana Liong Sik berkhidmat sebagai Canselor.
Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, mendiang yang merupakan seorang doktor perubatan pernah memegang jawatan Menteri Pengangkutan dari 1986 hingga 2003.
Mendiang bersara daripada politik pada 2003 dan jarang mengulas mengenai hal ehwal politik semasa dan MCA selepas itu. – MalaysiaGazette
















