Orang Kurang Upaya (OKU) sebuk melakukkan kerja-kerja penghasilan produk rotan untuk di jual kepada pengunjung ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Jaro, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 06 SEPTEMBER 2023.

KUANTAN – Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK) sudah bertemu pengusaha PMKS di wilayah utara, baru-baru ini.

Penasihat Khas MPUPK, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia bagi mencari penyelesaian dan membantu mereka yang terjejas ekoran krisis ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat.

“Setakat ini saya berjumpa dengan PMKS di sebelah utara, kita berbincang dan banyak cadangan dikemukakan sebelum dibawa kepada pihak atasan.

“Saya tidak boleh tentukan lagi kerana sebagai penasihat, keputusan muktamad adalah daripada menteri. Tapi, saya lihat ada cadangan yang diberikan munasabah dan cadangan yang perlu diteliti lebih lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) di sini, hari ini.

Mengulas saranan kepada semua pengusaha PMKS, beliau mencadangkan pengusaha mengambil langkah berjimat cermat selain mengurangkan kos.

Katanya, ia termasuk mempertimbang untuk bekerja dari rumah (BDR) jika sesuatu pekerjaan itu boleh dilakukan dari rumah.

“Mungkin tidak semua, tetapi ada yang boleh dilakukan di rumah, saya cadangkan kerana ia boleh menjimatkan kos,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast