Tiga daripada empat lif di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor di Johor Bahru rosak sehingga menyebabkan pengunjung bersesak bagi menyelesaikan urusan.

JOHOR BAHRU – Masalah kerosakan lif di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor di sini yang kerap berlaku sehingga menyukarkan orang ramai khususnya warga emas.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 40-an, berkata, masalah tersebut perlu diselesaikan dan ketika ini tiga daripada empat lif yang ada tidak beroperasi kerana rosak.

“Situasi ini menyukarkan pergerakan apabila semua pihak sama ada kakitangan, peguam serta pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak dan warga emas terpaksa menunggu agak lama untuk menggunakan lif.

“Setiap kali berurusan di sini, depan lif mesti berlaku kesesakan, kita faham sekiranya berlaku kerosakan perlukan masa untuk dibaiki, namun sejak tahun lalu masih rosak, mengapa terlalu lama.

“Kerusi menunggu juga tidak disediakan untuk orang awam di bahagian lobi, sudah naik tangga memasuki bangunan mahkamah tetapi masih kena bersesak tunggu lif,” katanya ditemui hari ini.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, pihaknya berharap pengurusan bangunan berkenaan akan lebih cakna dengan situasi dihadapi pengunjung yang mempunyai urusan di mahkamah berkenaan.

“Sudahlah datang ke mahkamah dengan perasaan yang pelbagai tetapi masih terpaksa menunggu lama untuk perkhidmatan lif, adakah ini yang dikatakan Johor maju menjelang 2030,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast