Pix Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR –  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre semalam.

Paduka Baginda yang juga merupakan penaung persatuan tersebut bertitah bahawa penganjuran majlis seumpama ini mampu mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli serta komuniti anak-anak Pahang di ibu kota.

Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua ahli yang hadir serta kepada Presiden PEKAP, Datuk Azman Abdullah atas usaha dan komitmen dalam menjayakan majlis berkenaan.

Sebelum berangkat pulang, Paduka Baginda berkenan menyantuni para hadirin serta menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dalam kalangan ahli PEKAP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast