Tular video memaparkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Sri Mersing, Mersing, malam tadi.

MERSING – Satu video klip tular di media sosial memaparkan seorang lelaki tiba-tiba menumbuk seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Sri Mersing di sini malam tadi.

Video berdurasi kira-kira 27 saat itu tular sebelum mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita tersebut yang berusia 48 tahun pukul 10 malam tadi.

“Suspek yang berusia 47 tahun itu kemudian berjaya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing awal pagi tadi.

“Tangkapan telah dibuat pukul 12.15 malam yang mana siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat selisih faham.

“Ekoran kejadian itu mangsa telah mengalami kecederaan lebam di bahagian dahi dan patah di bahagian atas hidung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette

Tular video memaparkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Sri Mersing, Mersing, malam tadi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast