KUALA LUMPUR – Kerajaan mengesahkan 329,000 tong diesel yang tiba di Filipina seperti yang dilaporkan bukan berasal dari Malaysia.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan digesa merujuk kepada sumber rasmi kerajaan.
“Kerajaan mengambil maklum laporan media Filipina mengenai penghantaran 329,000 tong diesel dari Malaysia.
Semakan awal mengesahkan diesel tersebut bukan berasal daripada Malaysia.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan merujuk kepada sumber rasmi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Malah Petronas turut mengeluarkan kenyataan senada yang menafikan sebarang penglibatannya dalam pembekalan diesel ke Filipina.
Terdahulu, media Filipina melaporkan 329,000 tong diesel dari Malaysia telah tiba di negara itu bagi merangsang bekalan bahan api susulan ketidaktentuan pasaran global.
Katanya, penghantaran diesel tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina untuk mengukuhkan bekalan domestik selepas penghantaran sebanyak 142,000 tong atau 22.578 juta liter diesel dari Jepun tiba pada 26 Mac lalu. – MalaysiaGazette
















