Gambar hiasan

KOTA BHARU – Empat anggota polis yang ditahan reman selama lima hari bermula 7 April bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah dianggar bernilai RM12,000 telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kesemua anggota berkenaan difahamkan bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini.

Menurut sumber, mereka dilepaskan sebaik sahaja tempoh reman tamat dan SPRM sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

“Suspek yang disyaki meminta dan menerima wang rasuah itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam kenderaan yang dipandunya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan perkembangan itu dan keempat-empat suspek diwajibkan untuk melaporkan diri di pejabat SPRM Kelantan setiap bulan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast