Suhaizan dan Dr Dzulkefly pada Majlis Sambutan Hari Aidilfitri Parlimen Pulai di Dewan Raya Taman Bukit Indah di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Parti mana yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dan Kota Iskandar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diputuskan selepas perbincangan dibuat.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, Suhaizan Kaiat berkata, setiap kali menjelang pilihan raya perkara tersebut akan dibincangkan untuk menentukan parti mana yang layak bertanding di dua kerusi berkenaan.

“Ini perkara normal setiap kali pilihan raya nanti untuk membincangkan perkara ini,” katanya mengulas ura-ura Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu bertanding di dua kerusi berkenaan pada PRN akan datang.

Sebelum ini, kerusi DUN Kota Iskandar ditandingi Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dr Dzulkefly Ahmad manakala kerusi DUN Puteri Wangsa ditandingi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Terdahulu beliau ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Aidilfitri Parlimen Pulai di Dewan Raya Taman Bukit Indah di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merangkap Menteri Kesihatan.

Suhaizan yang juga Ketua Amanah Kawasan Pulai berkata, perbincangan pembahagian kerusi pada kali ini hanya membabitkan tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH) tanpa MUDA.

Menurut beliau, Amanah Johor mengenal pasti 20 kerusi untuk ditandingi pada PRN Johor seperti yang dimaklumkan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Setakat ini, katanya, penyelaras DUN sudah dilantik di 20 kawasan sasaran tersebut yang merupakan kerusi campuran terutama dalam kawasan bandar.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, jentera parti sudah mengankurkan program dan aktiviti di kawasan terbabit dalam usaha mendampingi masyarakat terbabit.

Bagaimanapun penetapan kerusi tersebut adalah di peringkat negeri dan bukan mutkamad kerana perkara tersebut akan dibawa kepada peringkat tertinggi PH untuk diputuskan nanti.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast