Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi menyebabkan paras air di beberapa kawasan di Selangor dilaporkan meningkat.

Berdasarkan laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, bacaan terkini mencatatkan paras air di Taman Mayang, Petaling mencecah 18.01 meter, melepasi paras bahaya 18 meter dengan trend yang masih meningkat.

Manakala di Kuala Selangor, paras air di Pintu Air Ijok pula direkodkan pada 3.34 meter, melebihi paras amaran 3.1 meter, namun trend bacaan kekal tidak berubah.

Sementara itu di Klang, paras air di Taman Sri Muda berada pada tahap normal iaitu 0.98 meter, tetapi menunjukkan trend peningkatan.

Dalam perkembangan sama, siren amaran banjir di Taman Sri Muda telah diaktifkan pada pukul 5.06 petang, manakala di Bukit Rimau, status bahaya dilaporkan berakhir pada pukul 5.13 petang.

Bagaimanapun, di Gombak, stesen Sungai Choh mencatatkan isyarat bahaya bermula pada pukul 5 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast