Lagenda Muay Thai, Buakaw Banchamek (kiri) dan Atlet Muay Thai, Meng Gao Feng (kanan) semasa bersemuka selepas sidang media dan sesi timbang berat sempena Kejohanan T-Fight All-Star 2026 di Royal Chulan, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 APRIL 2026.

KUALA LUMPUR – Arena sukan tempur tanah air bakal menyaksikan satu lagi acara berprestij apabila T-Fight All Star 2026 dianjurkan di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Ia menghimpunkan barisan atlet tempur berbakat dari pelbagai kelab dan latar belakang bagi mempamerkan kemahiran, disiplin serta semangat kesukanan dalam suasana penuh kompetitif dan profesional.

Kejohanan T-Fight All Star 2026 dijangka menarik perhatian peminat Muay Thai tempatan dan antarabangsa dengan kehadiran Buakaw Banchamek, ikon dan bintang Muay Thai dunia, yang bakal beraksi dalam perlawanan utama (main event) dalam kategori 71 kilogram.

Lagenda Muay Thai, Buakaw Banchamek (kanan) dan Atlet Muay Thai, Meng Gao Feng (kiri) semasa sesi bersemuka pada Sidang media kejohanan T-Fight All-Star 2026 di Royal Chulan, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 APRIL 2026.

Lebih menarik, ia merupakan penampilan sulung Buakaw beraksi di Malaysia, sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat peminat sukan tempur tanah air.

Secara keseluruhan, kejohanan berkenaan akan menampilkan tujuh perlawanan melibatkan penyertaan atlet dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi sekali gus mengukuhkan status T-Fight All Star 2026 sebagai acara Muay Thai bertaraf antarabangsa.

Bagi perlawanan utama, Buakaw dijadualkan berdepan petarung dari Beijing, Meng Gaofeng dalam pertembungan epik Thailand menentang China yang dijangka sengit dan berintensiti tinggi.

Suasana semasa sesi timbang berat kejohanan T-Fight All-Star 2026 di Royal Chulan, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 APRIL 2026.

Atlet berusia 28 tahun itu memiliki rekod profesional 45 perlawanan dengan 33 kemenangan, termasuk sembilan kemenangan KO selain pernah merangkul gelaran Juara Wu Lin Feng China 2020, WLF World Champion dan IPCC China Champion.

Barisan Atlet Muay Thai menampilkan tujuh perlawanan pada kejohanan T-Fight All-Star 2026 di Royal Chulan, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 APRIL 2026.

Pertembungan dua negara gergasi sukan tempur Asia ini dijangka menjadi tarikan utama kejohanan, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan aksi legenda dunia secara langsung buat pertama kali di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast