Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan penganjuran ‘Water Music Festival’ selama tiga hari berturut-turut di Bukit Bintang yang akan bermula esok hingga 3 Mei ini.

Tegas Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, langkah penjimatan yang membawa kepada pembatalan majlis rumah terbuka sempena Aidilftiri baru-baru ini sepatutnya juga terpakai terhadap festival air itu.

Selain membazir air, beliau berkata, Kementerian Pelancongan tidak sepatutnya membenarkan cadangan yang disifatkannya sebagai `tidak cerdik’ itu.

“Adakah pesta air ini lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka? Adakah langkah penjimatan yang dicadangkan oleh kerajaan tidak terpakai untuk pesta air ini? Adakah pesta air ini tidak membazirkan air?

“Sedangkan kerajaan sibuk berusaha buat pembenihan awan untuk menambah kapasiti air, tetapi kementerian pelancongan sibuk buat pesta air yang membazirkan air.

“Mohon YAB PMX batalkan lah pesta air ni Pesta air ini adalah cadangan yang paling bodoh pernah diberikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selain itu, Dr Muhamad Akmal turut mempersoalkan pendirian Menteri Agama dan Mufti Wilayah berkenaan festival tersebut.

Beliau turut  menggesa supaya Perdana Menteri memecat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kerana membenarkan penganjuran festival berkenaan. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast