Soufiyah Mat dibawa keluar selepas membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret hari ini

KUANTAN – Seorang wanita warga Kemboja mengaku bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan mengemukakan dokumen palsu ketika membuat pendaftaran kelahiran bayinya.

Soufiyah Mat, 23 tahun, mebuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Tengku Elliana Tengku Kamaruzaman dan dihukum denda sebanyak RM7,000.

Tertuduh berjubah warna coklat dan tudung hitam mengganguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Dalam kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu iaitu maklumat ibu semasa membuat permohonan Pendaftaran Kelahiran atas nama Muhammad Arif Zayyan Zainal Loh.

Perbuatan tersebut dilakukan pada 20 April 2026 jam lebih kurang 4.30 petang bertempat di kaunter Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang, di Kuantan di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama. kerana dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding, tertuduh memilih hukuman denda dan merayu memohon pengurangan denda atas faktor kewangan kerana tidak bekerja dan baru melahirkan anak berusia sebulan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast