KUALA LUMPUR – Dijangkakan proses pembebasan peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kali ini berdepan kesukaran kerana rejim Zionis dilihat terdesak untuk menghalang bantuan dihantar menerusi kumpulan berskala besar kali ini.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, rejim berkenaan kali ini dilihat sengaja mahu memberi tekanan secara besar-besaran.

Justeru itu sehingga kini tatus keselamatan 175 peserta misi tersebut termasuk 10 rakyat Malaysia masih belum diketahui.

“Ini adalah pengulangan pola kejahatan yang dilakukan oleh rejim Israel cumanya kali ini mereka nampak begitu terdesak. Mereka tidak mahu kumpulan yang besar ini bergabung dengan kumpulan yang berada di Turki,” katanya ketika sidang media hari ini.

Terdahulu Sani Araby berkata, meskipun SNCC mendapat informasi peserta akan dibebaskan hari ini di pelabuhan Lara Petra, Pulau Crete, Greece namun perkembangan tersebut belum dapat disahkan.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian tegas dan kesungguhannya untuk berusaha membebaskan rakyat Malaysia yang masih ditahan rejim.

“SNCC dimaklumkan juga oleh PM bahawa kerajaan melalui Wisma Putra telah mulakan usaha semaksimum mungkin untuk menghubungi kaunsil kehormat Malaysia di Greece dan sahabat-sahabat negara melaului usaha diplomasi bagi membantu dan menyelaraskan usaha pembebasan khususnya aktivis Malaysia,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast