Sebuah rumah jenis separuh kekal satu tingkat di Felda Lepar Utara 3 di Jerantut musnah kira-kira 80 peratus akibat kebakaran semasa ketiadaan penghuninya pada malam tadi.

JERANTUT – Sebuah rumah sesebuah jenis separuh kekal satu tingkat di Felda Lepar Utara 3 di sini musnah kira-kira 80 peratus dalam satu kebakaran malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera pertama tiba di lokasi 9.40 malam selepas melalui jarak kira-kira 60 kilometer. Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 40 x 70 kaki persegi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Kebakaran tersebut memusnahkan hampir keseluruhan bahagian rumah termasuk ruang tamu, bilik, dapur serta struktur siling dan atap bahagian hadapan.

Difahamkan, rumah berkenaan milik Kamaruddin Arshad dan Salasiah Din namun ketika kejadian kedua-dua penghuni tiada di rumah  kerana pulang ke kampung di Johor.

Operasi pemadaman melibatkan anggota dari BBP Jerantut dengan bantuan BBP Jengka serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lepar Utara.

Pasukan bomba menggunakan beberapa aliran hos dengan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran bagi mengawal kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya 9.59 malam dan operasi masih diteruskan bagi kerja-kerja overhaul dan punca kebakaran masih dalam siasatan lanjuk opleh unit forensik JBPM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast