Seorang murid lelaki Tahun Lima sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka cedera selepas dipercayai terjatuh dari koridor tingkat di satu bangunan ketika cuba mengambil kasut sekolah.

MELAKA – Murid Tahun Lima yang terjatuh dari tingkat satu koridor sekolah di Batu Berendam di sini semalam adalah pelaku yang membuang kasut rakannya ke atas bumbung sebelum insiden itu berlaku.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, dalam kejadian jam 12.35 tengah hari itu, mangsa cuba mengambil kembali kasut dibuang dengan memanjat bahagian koridor sebelum terjatuh.

Rahmad Mariman

“Sebenarnya, kejadian berpunca daripada tindakan murid itu sendiri yang sebelum itu cuba bergurau dengan mengambil kasut pelajar lain dan mencampakkannya ke bawah sehingga terjatuh atas bumbung garaj.

“Ketika murid lain hendak melaporkan perbuatan itu kepada guru, mangsa takut menyebabkannya memanjat koridor untuk mengambil semula kasut yang dibuang.

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh menyebabkannya cedera ringan, namun telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Seorang murid lelaki Tahun Lima sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka cedera selepas dipercayai terjatuh dari koridor tingkat di satu bangunan ketika cuba mengambil kasut sekolah.

Sehubungan itu, Rahmad berkata kejadian itu berpunca daripada tindakan mangsa sendiri, bukannya atas faktor buli dan berharap masyarakat dapat menghentikan pelbagai andaian dan spekulasi.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan seorang murid lelaki Tahun Lima sekolah berkenaan cedera selepas dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil kasutnya yang didakwa dilempar seorang murid lelaki lain. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast