Para peserta ICYOUTH 2026.

SERDANG – Pembangunan kecerdasan buatan (AI) perlu dipandu oleh nilai kemanusiaan agar manfaat teknologi dapat dinikmati secara seimbang oleh masyarakat.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, AI bukan sahaja perlu cekap, tetapi juga mesti beretika, inklusif dan bertanggungjawab
secara sosial.

Di sinilah peranan sains sosial menjadi penting dalam memastikan teknologi dipandu oleh nilai kemanusiaan, katanya.

Beliau berkata, UPM komited memperkukuh penyelidikan antara disiplin yang menghubungkan teknologi dan sains sosial dalam usaha menangani cabaran masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia dan komuniti.

“Universiti juga memainkan peranan penting melahirkan generasi muda untuk memiliki pemikiran kritikal, kesedaran etika dan tanggungjawab sosial dalam memanfaatkan AI demi kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam Persidangan anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) bertemakan “AI and Youth for Societal Impact: Transforming Communities and Advancing Wellbeing”.

Persidangan ini memberi fokus kepada penggunaan AI secara bertanggungjawab dalam mendepani cabaran sosial dan teknologi semasa.

Program selama dua hari itu turut menjadi platform kepada golongan belia untuk berkongsi idea, membina jaringan antarabangsa serta meneroka penyelesaian inovatif bersama pakar pelbagai bidang.

Persidangan berkenaan turut menyaksikan pelancaran enam buku hasil penyelidikan IPSAS yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuk perubahan iklim, kesihatan awam dan
pembangunan belia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast