Sebuah kereta dihempap pokok tumbang di Batu 10 Jalan Gombak, hari ini. - Foto: Sumber media sosial

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta dihempap pokok tumbang di Batu 10, Jalan Gombak, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat dan berterusan sejak tengah hari tadi.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi Facebook Asal Gombak 2.0 yang mengesahkan laluan kedua-dua arah di jalan itu terhalang akibat kejadian.

Sebuah kereta dihempap pokok tumbang di Batu 10 Jalan Gombak, hari ini. – Foto: Sumber media sosial

“Ada info pokok tumbang dekat Batu 10 Jalan Gombak yang menghalang laluan kedua-dua arah.

“Waktu hujan lebat ni, sila rancang perjalanan anda sebaiknya,” tulis akaun Facebook tersebut.

Belum dapat disahkan sama ada terdapat kemalangan jiwa akibat insiden tersebut.

Sehingga kini masih belum ada kenyataan media pihak berkuasa berkenaan kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast