Foto BBC.

SEPANYOL – Barcelona mengesahkan kejuaraan La Liga buat musim kedua berturut-turut selepas menewaskan musuh tradisi, Real Madrid 2-0 pada aksi El Clasico, awal pagi tadi.

Marcus Rashford dan Ferran Torres muncul wira apabil meledak gol pada babak pertama untuk memastikan skuad kendalian Hansi Flick meraih gelaran liga ke-29.

Kemenangan itu meletakkan Barca 14 mata di depan pasukan tangga kedua Los Blancos dengan hanya berbaki tiga perlawanan yang menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi utama.

Ini kali kedua dalam sejarah keputusan La Liga ditentukan secara langsung menerusi El Clasico, selepas Real Madrid meraih gelaran pertama mereka pada 1932 hasil keputusan seri menentang Barca.

Kelab itu kini berpeluang menamatkan musim dengan rekod 100 mata manakala Madrid pula akan berdepan rombakan besar selepas dua musim berturut-turut tanpa menang trofi utama.

Walaupun kecewa tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara kepada Atletico Madrid pada April lalu, Barca tetap menampilkan aksi meyakinkan untuk meraikan gelaran di hadapan penyokong sendiri.

Madrid tiba di Camp Nou dalam keadaan bergelora selepas Federico Valverde diketepikan susulan kecederaan kepala apabila bergaduh ketika latihan dengan Aurelien Tchouameni, yang tetap diturunkan.

Flick pula menerima berita sedih apabila bapanya meninggal dunia sebelum perlawanan, namun tetap berada di tepi padang untuk mengemudi kemenangan Barca.

Walaupun anpa Lamine Yamal yang cedera, Flick mempertaruhkan Rashford di bahagian sayap kanan dan keputusan itu nyata berbaloi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast