KUALA LUMPUR â Eksport pasir sungai di Malaysia tidak diharamkan sepenuhnya, sebaliknya hanya pasir laut dilarang untuk tujuan eksport demi menjaga kelestarian alam sekitar dan ekosistem marin.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan (AMH), Ammar Atan berkata, walaupun aktiviti itu masih dibenarkan, namun tertakluk kepada kawal selia ketat serta memerlukan kelulusan khas daripada pihak berkuasa.
Menurut beliau, dasar kawalan terhadap eksport pasir bukanlah sesuatu yang baharu di bawah Kerajaan MADANI kerana kerajaan terdahulu juga pernah mengambil pendekatan sama.
âPada 2021, Menteri Tenaga dan Sumber Asli ketika itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu Parlimen permohonan eksport pasir sungai dipertimbangkan secara kes demi kes.
âMalaysia bukan negara pertama mengawal perlombongan pasir kerana banyak negara lain turut mengambil langkah serupa demi memelihara alam sekitar,â katanya dalam satu kenyataan media.
Ammar berkata, aktiviti eksport pasir laut boleh memberi kesan negatif kepada komuniti pesisir pantai termasuk golongan nelayan selain menjejaskan ekosistem marin.
âPerlombongan bauksit di Pahang sekitar 2015 hingga 2016 dianggap antara tragedi pencemaran alam sekitar paling serius di negara ini.
âKelemahan kawal selia ketika itu menyebabkan pencemaran debu merah teruk sehingga menimbulkan kemarahan rakyat dan menjejaskan kehidupan penduduk,â katanya.
Beliau berkata, insiden itu menjadi pengajaran kepada kerajaan untuk mengambil pendekatan lebih tegas terhadap industri ekstraktif termasuk perlombongan dan eksport pasir.
âTiada gunanya jika hanya segelintir pihak mendapat keuntungan sedangkan alam sekitar terus dieksploitasi. Tiada alam, tiadalah manusia,â katanya.
Pada masa sama, AMH menyatakan sokongan terhadap usaha mendalamkan sungai bagi tujuan mitigasi banjir dan memastikan aliran sungai sentiasa lancar.
âUsaha ini perlu dilaksanakan secara tersusun, telus dan berasaskan kepentingan awam, bukannya dijadikan ruang mengaut keuntungan pihak tertentu,â katanya.
Mengulas titah Tengku Mahkota Pahang berkaitan isu sama, Pemuda Harapan mengambil pendekatan positif dan menegaskan Kerajaan Madani tidak pernah mendiskriminasi mana-mana negeri.
âKerajaan Persekutuan akan terus memastikan setiap negeri menerima layanan sama rata termasuk dalam aspek pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar.
âSemua negeri diharap dapat membangunkan ekonomi masing-masing tanpa terlalu bergantung kepada industri berasaskan sumber mineral yang berpotensi mencetuskan pencemaran serta kesan negatif kepada alam sekitar,â katanya.
Beliau turut memuji pelbagai inisiatif hijau yang pernah diketengahkan oleh Tengku Mahkota Pahang dalam usaha melestarikan alam sekitar demi kepentingan rakyat.
âAMH menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak istana dan kerajaan dalam memperkukuh kesedaran alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Selain itu AMH sedia membantu untuk mencari peluang ekonomi yang lebih lestari untuk Pahang,â katanya lagi. – MalaysiaGazette
















