Tangkap layar memaparkan seorang lelaki melibas parang pada anggota polis di Jalan Ulu Yam, Batu Caves, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki melarikan diri bertukar agresif apabila suspek bertindak melibas sebilah parang ke arah anggota polis sebelum ditahan di Jalan Ulu Yam, Batu Caves dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian sekitar 4.30 petang itu tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

“Suspek disyaki pengedar dadah dan hasil pemeriksaan lanjut, polis telah merampas senjata tajam berukuran 57 sentimeter (cm) dan dadah disyaki heroin seberat 18.90 gram serta syabu seberat 7.50 gram.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek kini direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor S Prakash di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast