Mayat seorang lelaki tidak sempurna dengan memakai seluar pendek tanpa baju dan bertatu temui di tebing sungai Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, semalam. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki tidak sempurna dengan memakai seluar pendek tanpa baju dan bertatu temui di tebing sungai Bandar Sunway, Subang Jaya dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu pukul 2.43 petang.

“Siasatan mendapati di lokasi mendapati, mayat itu ditemui dalam keadana hanya memakai seluar pendek warna hitam tanpa tidak berbaju, memakai gelang di lengan kanan.

“Selain terdapat ukiran tatu bertulis ‘King’ serta gambar mahkota ‘Crown’ di bawah pelipat lengan kanan mangsa.

“Semakan lanjut mendapati, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari berdasarkan keadaan fizikalnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdapat ukiran tatu bertulis ‘King’ dan gelang di lengan kanan mangsa. Foto PDRM

Tambah beliau, identiti mayat terbabit belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan fizikal juga tidak dapat dijalankan di tempat kejadian kerana keadaan mayat yang tidak sempurna.

“Mayat terbabit telah dihantar ke Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM) bagi proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Kita turut mengambil cebisan daging serta tulang si mati bagi tujuan semakan DNA dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah pada mangsa,” jelasnya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Balai Polis Bandar Sunway di talian 03-5621 2222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast