Aznan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam Negeri Johor 2025 di KSL Resort, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 kepada 510,000 penerima di seluruh negeri ini akan bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, pengagihan bantuan itu melibatkan 22 inisiatif yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu.

“Insya-Allah, dalam minggu hadapan kita akan serahkan dan selaraskan semua BKJ kepada penerima-penerima yang telah dikenali pasti.

“Mengenai kaedah penyerahan, ia sama seperti sebelum ini, tempoh berlangsung selama dua minggu sehingga 30 Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam Negeri Johor 2025 di KSL Resort di sini hari ini.

Sebelum ini, Onn Hafiz memaklumkan, inisiatif BKJ Fasa 4 merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, suri rumah, pasangan muda, peniaga kecil dan sukarelawan.

Antara inisiatif utama, bantuan tunai RM200 kepada lebih 307,000 warga emas dan 136,000 suri rumah tidak bekerja, serta RM400 kepada 45,000 pasangan baru berkahwin.

Menurutnya, pihaknya akan memastikan bantuan tersebut sampai di tangan penerima dalam tempoh tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast