KUALA LUMPUR – Malaysia menegaskan pendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.
Ia demi menjamin keamanan, kestabilan serta keselamatan di rantau tersebut, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam media sosialnya.
Mohamad kini menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara Rakan BRICS di New Delhi.
Dalam hantarannya, beliau turut memuatnaik gambarnya bersama Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Dr Seyed Abbas Araghchi.
Mohamad sempat bertanyakan Dr Abbas mengenai perkembangan semasa konflik di Asia Barat yang terus memberi kesan kepada kestabilan serantau serta keselamatan antarabangsa.- MalaysiaGazette
















