Mohd Sohaimi Ishak

JOHOR BAHRU – Seorang guru lelaki yang ditahan berhubung kes cabul seorang murid sekolah rendah di Seri Alam di sini direman enam hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata suspek direman bermula hari ini sehingga 27 Mei ini.

Suspek sebelum itu dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pagi ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah

Permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat dalam satu kenyataan berkata polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira pukul 10.30 malam tadi susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa berusia 37 tahun pukul 9 malam tadi.

Pengadu mendakwa kejadian kejadian cabul itu dipercayai berlaku di kawasan Seri Alam di sini tahun lalu.

Terdahulu tular dalam Facebook atas nama Mohd Fadli Salleh mendakwa seorang murid perempuan dirogol seorang guru lelaki dan kejadian tersebut berlaku pada September tahun lalu.

Mohd Fadli mendakwa, perkara tersebut sudah tiga kali dilaporkan kepada pihak polis dan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang selain membuat aduan kepada pihak Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis tahan guru cabul murid 12 tahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast