Pengarah urusan syarikat ladang ternakan Tayyib Ranch San Bhd, Mohd Sakhedan Sidek (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi (tengah), Pengerusi Kumpulan Aptrasco Group Pengarah Urusan Tayyib Ranch Sdn. Bhd, Lui Sze Chiang (kiri) dan Pengarah Tayyib Ranch Sdn. Bhd., Mohammad Masudur Rahman (dua dari kiri) bergambar pada Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026. Lui Sze Chiang lembu sado korban Aidiladha
Pengarah syarikat ladang ternakan Tayyib Ranch Sdn Bhd, Mohd Sakhedan Sidek (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi (tengah), Pengerusi Kumpulan Aptrasco Group merangkap Pengarah Urusan Tayyib Ranch Sdn. Bhd, Lui Sze Chiang (kiri) dan Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aptrasco Group merangkap Pengarah Tayyib Ranch Sdn. Bhd., Mohammad Masudur Rahman (dua dari kiri) bergambar sempena Majlis Pelancaran Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.

BANTING – 10 ekor lembu ‘sado’ seberat hampir satu tan bakal menjadi tarikan utama Karnival Qurban Tayyib Ranch 2026 di Fidlot Tayyib Ranch, Sungai Kelambu, Banting yang dijangka menarik lebih 1,000 pengunjung sempena Aidiladha tahun ini.

Karnival Qurban terbesar di Malaysia yang berlangsung dari 22 hingga 28 Mei ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai melihat pelbagai baka lembu premium dari dekat, malah membolehkan pengunjung merasai sendiri suasana ibadah korban dalam konsep santai bersama keluarga.

Pengarah syarikat ladang ternakan Tayyib Ranch San Bhd, Mohd Sakhedan Sidek menunjukkan Lembu sado pada Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.
Antara lembu sado yang terdapat pada Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.

Pengarah Urusan Tayyib Ranch Sdn. Bhd., Mohd Sakhedan Sidek berkata, karnival tersebut julung kali diadakan di pusat operasi milik syarikat itu sendiri selepas hampir lima tahun beroperasi.

“Selain melihat lembu-lembu sado, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti termasuk mini funfair dan interaksi bersama haiwan ternakan.

“Kami turut menyediakan fasiliti lebih selesa kepada pengunjung selain membuka peluang kepada orang ramai melihat sendiri proses korban dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Pengarah syarikat ladang ternakan Tayyib Ranch San Bhd, Mohd Sakhedan Sidek bercakap pada media berkenaan Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.
Pengarah syarikat ladang ternakan Tayyib Ranch San Bhd, Mohd Sakhedan Sidek bercakap pada media berkenaan Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.

Beliau berkata, Tayyib Ranch turut menawarkan tiga pakej korban bermula RM750, RM850 dan RM950 bagi setiap bahagian untuk memudahkan orang ramai melaksanakan ibadah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Aptrasco Group merangkap Pengarah Urusan Tayyib Ranch Sdn. Bhd., Lui Sze Chiang berkata, penganjuran karnival itu bertujuan menyemarakkan penghayatan ibadah korban dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Kumpulan Aptrasco Group Pengarah Urusan Tayyib Ranch Sdn. Bhd, Lui Sze Chiang bercakap pada media berkenaan Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.
Pengerusi Kumpulan Aptrasco Group merangkap Pengarah Urusan Tayyib Ranch Sdn. Bhd, Lui Sze Chiang bercakap pada media berkenaan Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.

Menurut beliau yang juga seorang mualaf, program berkenaan bukan sahaja menjadi platform pelaksanaan ibadah korban, malah mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai latar belakang.

“Kami mahu wujudkan suasana yang lebih dekat dengan masyarakat supaya orang ramai boleh datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk melihat sendiri lembu korban serta menikmati pengalaman berbeza sempena Aidiladha.

“Kita juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk mini funfair dan interaksi bersama lembu-lembu sado,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi menyifatkan karnival tersebut sebagai platform menyatukan masyarakat pelbagai kaum selain membantu merancakkan ekonomi setempat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi bercakap pada media berkenaan Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi bercakap pada media berkenaan Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.

Katanya, sambutan Aidiladha dan ibadah korban perlu terus diperkasakan agar menjadi budaya yang diraikan bersama masyarakat.

“Ibadah korban bukan sahaja melibatkan soal agama, tetapi mampu membentuk masyarakat harmoni serta memperkenalkan budaya Islam kepada masyarakat majmuk.

“Karnival seperti ini juga berpotensi membantu perkembangan ekonomi penduduk sekitar,” katanya.

Salah seorang pengunjung, yang lebih dikenali sebagai Sidek, 70, mengakui teruja melihat sendiri lembu-lembu sado yang dipamerkan kerana jarang berpeluang melihat haiwan bersaiz besar itu secara dekat.

Pengunjung, Haji Sidek,70 bercakap pada media berkenaan Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.
Pengunjung, Haji Sidek, 70 bercakap pada media berkenaan Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.

“Biasanya saya tengok lembu biasa sahaja, tapi kali ini dapat lihat lembu sado depan mata memang mengejutkan dan menyeronokkan,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Siti Syahirah Sidek, 34, berkata dia membawa keluarganya ke karnival tersebut bagi memberi pengalaman baharu kepada anak-anak sepanjang cuti sekolah.

“Bukan selalu dapat tengok pelbagai jenis lembu besar di satu tempat. Anak-anak pun seronok sebab banyak aktiviti menarik disediakan,” katanya.

Gelagat pengunjung pada Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.
Nur Syahirah, 34 bersama keluarganya di Karnival Qurban 2026, Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Suratmay, 70,  berkata, orang ramai wajar mengambil peluang mengunjungi karnival tersebut untuk menyaksikan sendiri suasana ibadah korban serta proses pengagihan daging kepada masyarakat.

“Karnival memang meriah dan menyeronokkan.

“Saya alu-alukan orang ramai, sama ada yang tinggal berdekatan atau dari luar kawasan, supaya datang memeriahkan karnival ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Reaksi pengunjung yang hadir pada Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.
Reaksi pengunjung yang hadir pada Karnival Qurban 2026 di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2026.

ADA APA DI KARNIVAL QURBAN 2026 TERBESAR DI MALAYSIA?  

Karnival Qurban 2026 Meriahkan Banting Selama Enam Hari

Lembu Sado RM40,000 #RayaKorban

Karnival Qurban 2026 Meriahkan Banting Selama Enam Hari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast