Pemain JDT FC, meraikan piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2025-26 di TM Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto FB MFL.

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar sejarah menjulang trofi Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kuching City 2-0 pada aksi final malam tadi.

Ini adalah trofi keempat JDT musim ini selepas Piala Sumbangsih, Liga Super, dan Piala FA.

Pada aksi penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, pemain sensasi JDT, Marcos Guilherme dan Arif Aiman Hanapi muncul wira selepas menjaring gol ketika saingan berbaki 10 minit.

Bagaimanan skuad Harimau Selatan  diberi tentangan sengit oleh The Cats sejurus wisel permulaan ditiupkan apabila Kuching City yang dikendalikan oleh Aidil Sharin Sahak mempamerkan taktikal menarik dengan menguasai perlawanan.

Kuching City turut melepaskan beberapa peluang keemasan pada babak pertama menerusi pergerakan pemain sayap kanan, Joao Pedro tetapi hantarannya tidak dapat disudahkan Ramadhan Saifullah.

Penyerang utama The Cats, Jerome Etame turut memiliki peluang keemasan menerusi situasi satu lawan satu tetapi berjaya ditepis penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.

Peluang terbaik Kuching City muncul selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil import, Mohammed Ahmed Al-Shammari pada minit ke-61.

Tertekan dengan asakan lawan, pengendali JDT, Xisco Munoz memasukkan Arif Aiman untuk menguatkan serangan JDT.

Percaturan tersebut membuahkan hasil apabila Guilherme meledak gol pertama pada minit ke-81 sebelum Arif Aiman menggandakan kelebihan buat juara bertahan itu sebelum wisel penamat ditiupkan.

Ini adalah trofi keempat JDT musim ini selepas Piala Sumbangsih, Liga Super, dan Piala FA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast