KAJANG – Isteri bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan dua anaknya yang sedang dikesan bagi membantu siasatan dakwaan cubaan sabotaj kerajaan dipercayai berada di luar negara.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, mereka dipercayai meninggalkan negara susulan laporan polis dibuat.
“Setakat ini, seramai 17 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini.
Jelasnya, kertas siasatan telah lengkap dan pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada Jabatan peguam Negara (AGC).
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan siasatan berhubung dakwaan wujudnya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Na’imah bagaimanapun menafikan terlibat dalam cubaan untuk menggulingkan kerajaan.
Tegasnya, tuduhan tersebut bukan sahaja tidak berasas, malah melucukan dan langsung tidak masuk akal.
Beliau dua anaknya serta dua peguam keluarga kemudian memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi pada Mac lalu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Kerajaan Malaysia.-MalaysiaGazette
















