Timbalan Ketua AMK Selayang, Muhammad Amir Sahmat

KUALA LUMPUR – Ketua Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Selayang, Muhammad Amir Sahmat mengumumkan peletakan jawatan secara rasmi termasuk jawatannya dalam Biro Guaman AMK Malaysia.

Beliau turut mengisytiharkan keluar parti PKR.

“Harapan saya walaupun perjalanan kita berbeza, silaturahim sesama kita tidak terputus. Kepada insan yang menyerang saya secara peribadi di dalam group Whatsapp dengan ayat caci maki dan serangan di laman sosial, sempena dengan Hari Arafah hari ini saya hulurkan salam perdamaian dan maafkan perbuatan itu.

“Saya juga memohon kemaafan kepada semua ahli Keadilan khususnya di Cabang Selayang sekiranya selama perkenalan kita, saya ada mengguris hati sesiapa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amir turut menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan PKR Cabang Selayang dan semua ahli yang selama ini menyokong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada beliau.

Katanya, ilmu yang diperolehi sepanjang bersama PKR Cabang Selayang akan menjadi kenangan dalam hidupnya. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast