Tangkap layar video tular MB Perlis menembak seekor lembu korban pada majlis korban sempena Aidiladha.

KANGAR – Polis akan memanggil Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah dalam masa terdekat, bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan beliau dipercayai menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihak beliau mengambil maklum penularan video itu dan siasatan awal dimulakan, meskipun setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan insiden berkenaan.

Beliau berkata siasatan terperinci itu termasuk mengenal pasti jenis senjata dan peluru yang digunakan dalam kejadian itu.

“Sama ada peluru yang digunakan itu peluru hidup atau bukan, kita masih dalam siasatan,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, video berdurasi beberapa saat dan mula tular di media sosial itu hari ini, memaparkan Abu Bakar dipercayai melepaskan tembakan ke arah seekor lembu korban hingga mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast