“Kita kekal berkawan, cuma bukan di pentas pilihanraya. Anda boleh mencari kawan politik yang lebih jelas pendengaran, lebih terang penglihatan dan lebih kuat deria bau.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata demikian dan menyifatkan sudah tiada harapan untuk sebarang kerjasama harmoni lagi selepas pemimpin Bersatu di Melaka menyindir pihak yang mendakwa parti itu tiada jentera sebagai pekak.















