Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan lima lelaki yang terlibat dengan pergaduhan di Flat Perantau, Pelabuhan Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey berkata, tangkapan terhadap sekumpulan lelaki warga tempatan itu dibuat menerusi laporan yang diterima pihaknya pada jam 4 petang.

“Yang ditangkap berumur dalam lingkungan 18 hingga 47 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua suspek direman empat hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” tambahnya.

Sementara itu, Jit Huey menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu di media sosial, sehingga menimbulkan kegusaran awam serta mengganggu proses siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta untuk tampil menyalurkan terus ke IPD Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast