Ederson. Foto IG Fabrizio Romano.

LONDON – Pemain tengah Atalanta, Ederson telah melengkapkan perpindahannya ke Manchester United, lapor pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano.

Ia melibatkan pakej bayaran €45 juta termasuk bonus tambahan kepada Atalanta yang kini dipersetujui kedua-dua pihak.

Ederson akan menandatangani kontrak selama empat tahun selepas kembali daripada bercuti di mana tempoh lanjutan setahun sebagai pilihan sepertimana yang dilaporkan oleh The Athletic.

Pemain antarabangsa berusia 27 tahun itu dijangka mengisi kekosongan bakal ditinggalkan rakan senagaranya, Casemiro yang semakin hampir menyertai Inter Miami.

Dia hanya memiliki baki setahun kontrak di Itali sekali gus menyebabkan nilai perpindahannya lebih rendah daripada jangkaan asal.

Ketahanan fizikal dan corak permainannya yang intensif sangat diperlukan oleh skuad Red Devils. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast