Seramai 22 penjaja tanpa lesen termasuk 13 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu (Pasar) yang dijalankan di sekitar Pasar Pudu, Jalan Yew, di ibu negara semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan memaklumkan operasi yang bermula pada pukul 6 pagi itu melibatkan pemeriksaan serta tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja dan individu warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.















