Foto: FB Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (BN) menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpotensi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan beberapa kerusi tambahan selain Gemas dan Labu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan keyakinan itu derdasarkan analisa data pilihan raya dan polar pengundi yang terkini.

Terdahulu, Mohamed Azmin menerusi Facebooknya hari ini berkongsi sesi tinjauan beliau berhubung persiapan gerak kerja PN dan Bersatu menjelang PRN Negeri Sembilan.

“Jelajah kami bermula di DUN Gemas dan Gemencheh dalam Parlimen Tampin.

“Mesej saya ialah BERSATU mesti bekerja kuat untuk mempertahankan kemenangan di Gemas dan mengembangkan tapak sokongan di Gemencheh,” katanya.

Ujarnya, pada sesi tinjauan itu, beliau turut dibentangkan laporan yang sangat komprehensif oleh Ketua Bersatu Bahagian Tampin, Ridzuan Ahmad mengenai tahap kesiapsiagaan jentera di semua Daerah Mengundi.

Jelasnya, tumpuan Bersatu dan PN pada PRN itu juga adalah daripada segmen pengundi berusia 18 tahun serta di kawasan Felda.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos manakala hari penamaan calon pada 18 Julai dan hari mengundi awal 28 Julai. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast