JOHOR BAHRU – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) hanya akan membuat keputusan hala tuju politiknya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Ketetapan tersebut diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung petang semalam di Nilai Springs Resort Hotel, Negeri Sembilan.
Setiausaha Agungnya, N Sathes Kumar berkata, Jawatankuasa Pusat beri mandat kepada Presiden MIPP, P Punithan untuk meneruskan perbincangan hala tuju politik dan libat urus sesuai kepentingan parti.
Sathes berkata, mesyuarat tersebut juga pelbagai bentuk penglibatan dan perbincangan dengan ‘beberapa parti politik’ sejak beberapa minggu kebelakangan ini selain berkenaan perkembangan landskap politik semasa.
“Jawatankuasa Pusat MIPP telah memberikan mandat penuh kepada Presiden MIPP (P Punithan) untuk meneruskan sebarang bentuk perbincangan dan libat urus serta hala tuju politik yang difikirkan sesuai demi kepentingan parti serta masyarakat India,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Punithan berkata, MIPP hanya akan memuktamadkan hala tuju politiknya selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat itu.
Pas, Pakatan Harapan (PH), dan Barisan Nasional (BN) masing-masing sudah membuat pelawaan kepada MIPP di tengah-tengah pergolakan dalam PN selepas PAS menamatkan hubungan politiknya dengan Bersatu.
MIPP menjadi parti komponen berasaskan kaum India pertama dalam PN pada April 2024, dengan Punithan dilantik Timbalan Pengerusi PN.
Parti berkenaan tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen mahupun DUN.- MalaysiaGazette
















