Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

KUALA LUMPUR – Parti PUTRA berhasrat untuk bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) PRN Negeri Johor dan empat DUN PRN Negeri Sembilan.

PUTRA juga telah mengenal pasti kerusi DUN berpotensi berkenaan, kata Setiausaha Agung PUTRA, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.

Bagaimanapun keputusan muktamad akan di buat pada 24 Jun ini bagi PRN Johor berdasarkan faktor penyertaan PUTRA mesti melalui electoral pact atau kerjasama politik pilihan raya bersama Perikatan Nasional (PN) yang akan mengadakan perbincangan mengenainya.

“Setakat ini, PUTRA masih belum berkesempatan berbincang dengan PN walaupun sudah menghubungi Pimpinan PN.

“PUTRA mengambil maklum krisis yang sedang berlaku dalam PN antara Pas dan Bersatu.

“Oleh kerana ada sejumlah parti yang akan bertanding, maka PUTRA tidak mahu di label kelak sebagai punca memecah undi Melayu yang bercanggah dengan matlamat penyatuan ummah,” katanya dalam kenyataan.

Mengambil kira PRN Johor dan Negeri Sembilan diadakan secara mengejut maka kebarangkalian menang atau kalah juga di ambil kira.

“Keupayaan jumlah kerusi bertanding juga diambil kira dan memberi gambaran sebagai parti pembangkang untuk semak dan imbang.

Keputusan bertanding atau tidak di PRN Negeri Sembilan juga bergantung kepada kajian impak PRN Johor terutama kesan pecah undi berlaku pertandingan banyak penjuru dan sikap rakyat terhadap isu-isu semasa hasil dari undi yang di buat oleh rakyat Johor sebagai panduan, katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast