Kerajaan memperkenalkan Seksyen 42A menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi menjadikan aktiviti lumba haram dan menduga kelajuan di jalan awam sebagai kesalahan khusus. Peruntukan baharu itu membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil lebih awal tanpa perlu menunggu berlakunya kemalangan atau kehilangan nyawa, dengan pesalah berdepan denda sehingga RM20,000 dan hukuman penjara sehingga lima tahun bagi kesalahan berulang.















